-->

Senyum

Sabtu, 13 Julai 2013

Dekan ! Alhamdulillah :)

Alhamdulillah . Result sem 1 dah keluar 8 Julai lepas  , pointer yang Allah bagi kat aku 3.891 . Syukur kepadamu ya Allah !

Psikologi ( SKP2501 ) : A
Biologi ( BGY 1002 ) : A
Pembangunan Manusia ( PEM2000 ) : A
Keluarga dan keibubapaan ( KEL 1301 ) : A-
Kenegaraan Malaysia ( SKP 2501 ) : A-

Sem 2 here i came ! Tajdid niat ! Study kerana Allah . Bittaufiq wannajah Nur Fazilah !

Terharu ! Terkejut . Kena ngaji sungguh lagi utk dapat 4 Flat . Yang penting letak Allah nombor satu ! Khair InsyaAllah .


Dicatat oleh Nur Fazilah Che Haron di 5:14 PTG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Jumaat, 5 April 2013

Fight Laziness , Let's Study :)

Huhu sayu :') 

Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak study ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat korang tak akan luntur bila  jiwa mereka sentiasa bersama korang.

Study for Allah's Dean List . Insyaallah :)



When I read a blog about, "Belajar kerana Allah S.W.T", I feel a hard punch right into my heart. I feel at loss. Such a loss for me to study all this while without correcting my intention of studying. All this time, I've been chasing good grades. I shed tears when I fail, I give up when I feel stress, and I complain whenever I did not get the result that I wanted even though I have put soo much effort. I fail to look at the bright side of my failure. I fail to realize that even though I have failed, at least I have increased my knowledge. I fail to see the good things that I would receive in the life hereafter if I have more faith in Him.

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”


( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )

If we study because of Him, we will much more less feel down whenever we don't achieve something good enough for us. We will not have studying as a burden, In fact, we will feel much more at peace and organized. The knowledge we learn, will not only last until exams, but also for the rest of our lives. We will be able to carry out all the theories we've learned and will definitely benefit not only ourselves as individuals, but also raise the name of muslims. Beside that, when we do something sincerely because of Him, whatever the outcome turn out to be, we would always be ready and 'redha' with whatever He has prepared for us. Don't cry, don't whine, don't complain. Our job is to do our best, to work hard towards it, but the result, already stated in the books of our lives.

"Kita, manusia, hanya merancang. Tetapi Allah yang menentukan."

Everything that we do if included intention for Him, reward will be rewarded. Should have the intention to learn for the sake of Allah's blessing. Learn for the sake of being an excellent in the eyes of of Islam. 


fighting >.<







Dicatat oleh Nur Fazilah Che Haron di 9:42 PTG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Khamis, 28 Mac 2013

Hijab Hati

Tudung Labuh :)


Alhamdulillah lama benar rasanya tak menulis blog.huhu. bukan busy pun sebenarnya tapi setiap kali nak menulis rasa blurr..xtau nak tulis apa.hihihi

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :') rasanya dah hampir Setahun lebih saya bertudung labuh . Thanks to Allah . Bagi kekuatan kat hambaNya ini untuk terus Istiqamah ke saat ini .




Ramai yang cakap , alahhh~~ pakai tudung labuh pun perangai lebih kurang jea macam yang pakai tudung biasa... Na'am, saya tak nafikan... saya juga akui , walaupun saya bertudung labuh , saya bukanlah sewarak alim ulama...

Tapi siapakah kita untuk mempersoalkan itu semua?? Bukankah itu kerja Allah?? Kita nak ambil alih tugas Allah kah?? Bagi saya sendiri, dengan memakai tudung labuh, secara automatiknya saya akan berusaha untuk perbaiki diri saya sendiri agar akhlak saya selari dengan pemakaian saya.

Saya doakan buat awak2 di luar sana yang terbuka hati untuk memakai tudung labuh teruskan dengan niat mulia ini jangan endahkan apa orang kata dan semoga istiqamah dalam memakainya.. Doakan saya juga ^_^

Selamat bermujahadah di jalan Allah ! ^_^




Dicatat oleh Nur Fazilah Che Haron di 6:17 PG 2 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ahad, 10 Jun 2012

Tha'labah : Kisah Pemuda yang Cintakan Syurga~

Tha'labah : Kisah Pemuda yang Cintakan Syurga~

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."
           

Rintihan Tha'labah~

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.


Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"


Cita-citanya hanya Syurga~

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.


Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita 
Dicatat oleh Nur Fazilah Che Haron di 9:29 PTG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Khamis, 2 Februari 2012

SAHABAT UNTUK SELAMA-LAMANYA

SAHABAT


 ASSALAMUALAIKUM ....

There are three types of 'friends'...Mana satu pilihan sahabat?

Those that are necessary like nourishment and you cannot live without them; those that are like medicine and are beneficial, so you need them sometimes; and finally, those that are like a sickness and you do not need them at all!
which one you are?hah...think about that sahabat... 

 
Prophet Muhammad (saw) has said, "The believer is like a mirror to other believers (in truthfulness)." Like a mirror, your friend gives you an honest image. He forgives your mistakes, but does not hide or exaggerate your strengths and weaknesses.
 
Once Prophet Muhammad (saw) was asked, "What person can be the best friend?" "He who helps you remember Allah (SWT), and reminds you when you forget Him," the Prophet Muhammad (saw), counseled.
 
Ali ibn Abi Talib (as) said: "A friend cannot be considered a friend unless he is tested on three occasions: in time of need, behind your back and after your death."
 
Indeed if we establish these as the standards of friendship, the believers shall soon find themselves enveloped with friends who will take them closer to Paradise and farther away from the fire of hell.
Allah (SWT) says in the Noble Qur'an: O you who believe! Take care of your souls; he who errs cannot hurt you when you are on the right way; to Allah is your return, of all (of you), so He will inform you of what you did. (Surah Al-Maeda, 5:105)





Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: I heard the Prophet (PBUH) saying, "Man follows his friend's religion, you should be careful who you take for friends".[At-Tirmidhi and Abu Dawud].





Penting kan sahabat,kawan,teman dalam hidup kita,Islam itu sendiri mementingkan persahabatan.Persahabatan kerana Allah,insyaallah akan diredhai...Untungnya mempunyai sahabat yg sntiasa mmahami dan slalu berada d sisi pada waktu kita memerlukannya..Kadang2 sy tfikir,mampukah sy menjadi sahabat seperti itu??mampukah kita mjadi sumber kkuatannya?bolehkah kita mjadi bahu utk dia bsandar?insyaallah akan sy perbaiki hubungan persahabatan ini!!kita sama2 perbaiki yer sahabat2!!



kat sini saya nak kongsikan 12 ciri sahabat...harap dpt mjadi panduan kpd kita .

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik
persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan
baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan
kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.




Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
Alangkah indahnya jika nilai persahabatan kita semua ikhlas kerana Allah.
Sahabat.......saya sayang kamu.!!Moga jalinan ukhuwah kita xtputus walau di mana pon kita..Biarlah persahabatan kita mbawa kita ke syurga.Amin..insyaallah..











Terima Kasih Sahabatku...



Dicatat oleh Nur Fazilah Che Haron di 10:58 PG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Sabtu, 28 Januari 2012

Lelaki Dan Perempuan, 2 Reactant Dan 1 Product | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Lelaki Dan Perempuan, 2 Reactant Dan 1 Product | iluvislam.com + discover the beauty of islam

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan" Surah An-Nur : ayat 30

Situasi kejadian itu berlaku pada hari yang panas. Encik Haba yang suka mengigit kulit manusia tidak segan-segan melantak juadah yang terpampang di depan mata. Peluh merembes bersama lysozyme yang memeluk mikroorganisma di liang roma .
Kelihatan lelaki yang mula menaiki tangga. Mungkin , hendak pulang ke kolej kediaman. Ya , itu situasi tipikal. Luar biasanya ialah segala perincian yakni setiap saat yang berlaku dalam situasi ' seorang pelajar yang ingin pulang ke kolej kediaman . '
Matanya ditampal ke lantai .
Pada saat mahu menaiki tangga , terdapat selautan perempuan bukan mahramnya di hadapan dan juga di belakang . Memandangkan perjalanan menaiki tangga itu agak panjang dari segi jarak dan masa (berjalan di belakang perempuan , memang begitu =_=") , Mata harus tumpu ke hadapan untuk mengawal jarak antara jasad. Risau juga jika terlanggar dengan bukan mahramnya, nanti dikata mengambil kesempatan pula .
Kagum aku apabila lelaki itu mahu menunjukkan raut muka yang sabar, pandangannya sentiasa mencerun ke bawah. Namun , merisaukan aku berkenaan memandang ke hadapan. Misal kata, tiba-tiba seorang perempuan itu menekan brek kaki tanpa melihat cermin sisi dan cermin belakang. Pasti lelaki itu bakal menjadi calon balingan kasut tumit tinggi perempuan .
Alhamdulillah, segalanya normal dan tiada apa-apa yang berlaku yang boleh memberi kecemasan. Sungguh aku kagum dikala melihat seorang lelaki itu berusaha bersungguh-sungguh melindungi matanya memandang yang haram .
Nabi berpesan kepada 'Ali ibn Abu Thalib, "Wahai 'Ali, janganlah engkau ikuti sebuah pandangan dengan pandangan (berikutnya). Yang boleh bagimu hanyalah pandangan pertama, sementara pandangan berikutnya tidak boleh".

Muslimah pernahkah engkau mendapat surat cinta ?
Entah kenapa aku berasa sedikit geram . Alangkah sepinya hidup seorang perempuan itu tanpa rasa mereka pernah mendapat surat cinta. Bertintakan dakwat yang maha agung dan dihantar oleh junjungan besar nabi umat akhir zaman .
Antara kalian ( perempuan ) dalam keadaan nazak , aku juga tidak menolak antara kami (lelaki) juga terkulai layu. Apa yang buatkan aku sedikit geram ialah apa yang kalian fikir sehingga kalian langsung tidak berasa bimbang dengan fitrah lelaki seperti kami .
Fitrah lelaki yang aku cuba sampaikan ialah berikutan pandangan mata kami yang agak sukar dikawal melihat kalian. Berlebih lagi apabila mata kami mula diselubungi dengan kejahatan nafsu .
Reaksi kimia yang asalnya reactant menghasilkan product 'nazak'
Godaan nafsu + bisikan syaitan (c)
Pandangan mata lelaki (aq) + perempuan yang kurang kasih sayang (s)------------------> perempuan dan lelaki akan menjadi nazak (g)
(aq) - pandangan mata yang dicipta untuk fokus ke al-Quran
(s) - syahwat yang menewaskan pandangan mata ke arah yang baik
(c) - catalyst ; pemangkin , mempercepatkan reaksi
(g) - gas api neraka yang bakal dihidu
Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.".
Muslimah, engkau tah , lelaki walaupun akalnya sembilan dan nafsunya satu, tanpa ilmu yang diredhai Allah dalam hatinya, dia pasti tumbang dengan kalian. Catalyst ; pemangkin itu pandai bertindak balas dengan setiap suhu dan persekitaran yang fleksibel tanpa pemangkin itu dimusnahkan hasil daripada reaksi kimia .
Oh, jika begitu maka salahkan lelaki yang tidak menundukkan pandangan daripada kami ?
Jangan salahkan dan menuduh kami lelaki kerna menjadi seorang lelaki . Ya , akui yang kami mempunyai sedikit ilmu yang diredhai Allah , tapi bantulah kami dengan menghalang pandangan kami kepada kalian . Segelintir kami yang berakal sembilan yang lemah longlai ini , ada yang tidak mampu menahan cerita hati mereka . Cerita hati yang digaul dengan nafsu syahwat .
"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina" [hadis dari Abu Musa al-Asy'ari]..
Bantulah kami daripada menggunakan sembilan akal kami untuk tidak berbuat jahat kepada kalian . Rangsangan mata kami terhadap kalian bertindak menghantar cas-cas eletrik ke saraf neuron untuk dibiak yang bukan sedikit , bertrilion sel-sel neuron bercambah untuk kami sentiasa berkreatif dalam melakukan dosa kepada kalian .
Jangan biarkan kreativiti dalam skil kejahatan kami merosakkan kalian. Salah satu kreativiti dosa kami yang membunuh maruah kalian . Sebuah maha karya agung yang dibantu oleh pembantu makmal kejahatan serba boleh ; encik syaitan yang sentiasa direjam . Salah satu kebijaksanaan baru maha karya agung jahat kami !
Doa perlindungan ;
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعالْعَلِيمُ
Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa        kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya".
Adakah hanya cukup sekadar berdoa kepada Allah , meminta perlindungan daripada kejahatan sambil kalian menyembur separuh botol minyak wangi , menyelak tudung ke belakang , memakai pakaian yang kalian fikir itu masih tidak ketat lagi .
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Bacalah surat cinta yang tuhan kalian berikan . Bukankah kalian beriman dengan tuhan yang satu . Segala puji bagi Allah , tuhan sekalian alam , maha pemurah dan maha pengasih dan menguasai hari pembalasan .
Adakah kalian yang sudah membaca isi surat cinta itu mahu menafikan luahan cinta daripada penulis yang tidak mengantuk dan tidak tidur ?
"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."  Surah al-Ahzab : ayat 59.
Hiasilah mata kami dengan pemandangan yang comel , bukannya kalian menghiasi mata kami dengan bahasa tubuh dan pakaian kalian yang membangkitkan syaitan yang tidak malas-malas meresap dalam haemoglobin sel darah kami .
Comel yang kalian selalu sebutkan , berfesyen begitu dan begini ; bertudung yang tidak menutup dada , berbaju t-shirt lengan pendek mahupun yang berlengan panjang ditambah dengan lilitan yang ketat , pakaian yang jarang .
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.."


Kami diam. Ya , kami akui ada antara kami suka muslimah begini , tampak lebih comel dan begitu suka memuji kalian .
Namun , hakikatnya kami lelaki yang dhaif (lemah) sentiasa lupa dan berbuat silap . Adakah pujian antara kami yang sering kami 'like' ataupun 'comment' itu seiring dengan 'like' dan 'comment' Allah dan Nabi Muhammad kepada kalian ?
Bayangkan ; andai Rasulullah masih ada , apakah kata-kata yang baginda tuturkan tika baginda berjalan di hadapan kalian yang berpakaian begini ?
"Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya." [HR Abu Dawud].
Ya Allah, bantulah kami daripada menyekat pandangan kami daripada memandang yang haram , yang pasti mendekatkan kami ke lembah kejahilan . sekiranya , mereka enggan membantu kami dalam memperelokkan akhlak kami , kepada engkaulah tuhan sekalian alam , sebaik-baik pemberi pertolongan kepada kami . ampunkanlah kami .
Fudhail bin Iyadh Rahimahullah,
Seorang yang alim, soleh, Ahli ilmu & ibadah, 40 tahun tak pernah ia lambat untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun ia mengatakan;
"Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita..'
" lelaki yang baik ( lelaki yang memegang tangan kalian hingga ke syurga ) akan mencari apa yang Allah kata baik . kalian kata nak cari lelaki baik , maka kenalah jadi apa yang Allah kata baik . ( sama juga dengan lelaki ) " - Mr Paracetemol

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka"  Surah An-Nur : ayat 31.

p/s : Aku tulis post ini sebab aku sayang kepada kalian ; bakal isteri dan bakal ibu kepada anak-anak kami.. tulisan ini pasti kerna Allah . mudah-mudahan diterima baik oleh kalian dan diri penulis sendiri .
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Syafiq Ibrahim atau Mr. Paracetamol Merupakan pelajar semestar dua dalam Asasi Sains di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam. Beliau berkongsi karya di http://jiwaku-mysoul.blogspot.com/.


Dicatat oleh Nur Fazilah Che Haron di 6:40 PTG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Sayangnya Rasulullah kat kiter!!


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah;


“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”



Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.


Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.




“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan, “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku…” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.




Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi… Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.




                                        


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
[Al-Ahzab: 56]

jom bselawat.....

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.




Dicatat oleh Nur Fazilah Che Haron di 9:59 PG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Fesbuk

Nur Fazilah Che Haron

Reka Lencana Anda

Tentang Saya

Foto saya
Nur Fazilah Che Haron
♥ 5 Pesanan Buat Mu Wahai DIRI ♫♥ (1) Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU (2). Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU. (3). Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU. (4). Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI. (5). Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI...
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • Julai (1)
  • April (1)
  • Mac (1)
  • Jun (1)
  • Februari (1)
  • Januari (5)
  • Julai (1)

Follow Me :)

Catatan Popular

  • Tha'labah : Kisah Pemuda yang Cintakan Syurga~
    Tha'labah : Kisah Pemuda yang Cintakan Syurga~ Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sa...
  • Sayangnya Rasulullah kat kiter!!
    Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit tela...
  • Fight Laziness , Let's Study :)
    Huhu sayu :')  Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati ...
  • Rabi'atul Adawiyah
    Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta K...
  • SAHABAT UNTUK SELAMA-LAMANYA
    SAHABAT  ASSALAMUALAIKUM .... There are three types of 'friends'...Mana satu pilihan sahabat? Those that are necessary...
  • Dekan ! Alhamdulillah :)
    Alhamdulillah . Result sem 1 dah keluar 8 Julai lepas  , pointer yang Allah bagi kat aku 3.891 . Syukur kepadamu ya Allah ! Psikologi ( S...
  • Lelaki Dan Perempuan, 2 Reactant Dan 1 Product | iluvislam.com + discover the beauty of islam
    Lelaki Dan Perempuan, 2 Reactant Dan 1 Product | iluvislam.com + discover the beauty of islam "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada or...
  • Couple Vs Kahwin?? Mana lagi best sahabat2??
    Assalamualaikum ... Sebelum mhadiri kuliah ganti d pagi hari sabtu ini,terasa nk bkongsi sesuatu dgn sahabat2 smua. Couple?Kahwin?hahah.....
  • Hijab Hati
    Tudung Labuh :) Alhamdulillah lama benar rasanya tak menulis blog.huhu. bukan busy pun sebenarnya tapi setiap kali nak menulis rasa bl...
  • salam ukhuwah kpd smua..
    assalamualaikum dn slm sjhtera...wujudnya sy d cni utk mcari ilmu dan bkongsi ilmu y sdikit ada d dada ini...moga khadirn sy d cni d alu2ka...
Angry Birds -  Help