Lelaki Dan Perempuan, 2 Reactant Dan 1 Product | iluvislam.com + discover the beauty of islam
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan" Surah An-Nur : ayat 30
Situasi kejadian itu berlaku pada hari yang panas. Encik Haba yang suka mengigit kulit manusia tidak segan-segan melantak juadah yang terpampang di depan mata. Peluh merembes bersama lysozyme yang memeluk mikroorganisma di liang roma .
Kelihatan lelaki yang mula menaiki tangga. Mungkin , hendak pulang ke kolej kediaman. Ya , itu situasi tipikal. Luar biasanya ialah segala perincian yakni setiap saat yang berlaku dalam situasi ' seorang pelajar yang ingin pulang ke kolej kediaman . '
Matanya ditampal ke lantai .
Pada saat mahu menaiki tangga , terdapat selautan perempuan bukan mahramnya di hadapan dan juga di belakang . Memandangkan perjalanan menaiki tangga itu agak panjang dari segi jarak dan masa (berjalan di belakang perempuan , memang begitu =_=") , Mata harus tumpu ke hadapan untuk mengawal jarak antara jasad. Risau juga jika terlanggar dengan bukan mahramnya, nanti dikata mengambil kesempatan pula .
Kagum aku apabila lelaki itu mahu menunjukkan raut muka yang sabar, pandangannya sentiasa mencerun ke bawah. Namun , merisaukan aku berkenaan memandang ke hadapan. Misal kata, tiba-tiba seorang perempuan itu menekan brek kaki tanpa melihat cermin sisi dan cermin belakang. Pasti lelaki itu bakal menjadi calon balingan kasut tumit tinggi perempuan .
Alhamdulillah, segalanya normal dan tiada apa-apa yang berlaku yang boleh memberi kecemasan. Sungguh aku kagum dikala melihat seorang lelaki itu berusaha bersungguh-sungguh melindungi matanya memandang yang haram .
Nabi berpesan kepada 'Ali ibn Abu Thalib, "Wahai 'Ali, janganlah engkau ikuti sebuah pandangan dengan pandangan (berikutnya). Yang boleh bagimu hanyalah pandangan pertama, sementara pandangan berikutnya tidak boleh".
Muslimah pernahkah engkau mendapat surat cinta ?
Entah kenapa aku berasa sedikit geram . Alangkah sepinya hidup seorang perempuan itu tanpa rasa mereka pernah mendapat surat cinta. Bertintakan dakwat yang maha agung dan dihantar oleh junjungan besar nabi umat akhir zaman .
Antara kalian ( perempuan ) dalam keadaan nazak , aku juga tidak menolak antara kami (lelaki) juga terkulai layu. Apa yang buatkan aku sedikit geram ialah apa yang kalian fikir sehingga kalian langsung tidak berasa bimbang dengan fitrah lelaki seperti kami .
Fitrah lelaki yang aku cuba sampaikan ialah berikutan pandangan mata kami yang agak sukar dikawal melihat kalian. Berlebih lagi apabila mata kami mula diselubungi dengan kejahatan nafsu .
Reaksi kimia yang asalnya reactant menghasilkan product 'nazak'
Godaan nafsu + bisikan syaitan (c)
Pandangan mata lelaki (aq) + perempuan yang kurang kasih sayang (s)------------------> perempuan dan lelaki akan menjadi nazak (g)
(aq) - pandangan mata yang dicipta untuk fokus ke al-Quran
(s) - syahwat yang menewaskan pandangan mata ke arah yang baik
(c) - catalyst ; pemangkin , mempercepatkan reaksi
(g) - gas api neraka yang bakal dihidu
Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
Oh, jika begitu maka salahkan lelaki yang tidak menundukkan pandangan daripada kami ?
Jangan salahkan dan menuduh kami lelaki kerna menjadi seorang lelaki . Ya , akui yang kami mempunyai sedikit ilmu yang diredhai Allah , tapi bantulah kami dengan menghalang pandangan kami kepada kalian . Segelintir kami yang berakal sembilan yang lemah longlai ini , ada yang tidak mampu menahan cerita hati mereka . Cerita hati yang digaul dengan nafsu syahwat .
Jangan biarkan kreativiti dalam skil kejahatan kami merosakkan kalian. Salah satu kreativiti dosa kami yang membunuh maruah kalian . Sebuah maha karya agung yang dibantu oleh pembantu makmal kejahatan serba boleh ; encik syaitan yang sentiasa direjam . Salah satu kebijaksanaan baru maha karya agung jahat kami !
Doa perlindungan ;
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Bacalah surat cinta yang tuhan kalian berikan . Bukankah kalian beriman dengan tuhan yang satu . Segala puji bagi Allah , tuhan sekalian alam , maha pemurah dan maha pengasih dan menguasai hari pembalasan .
Adakah kalian yang sudah membaca isi surat cinta itu mahu menafikan luahan cinta daripada penulis yang tidak mengantuk dan tidak tidur ?
Comel yang kalian selalu sebutkan , berfesyen begitu dan begini ; bertudung yang tidak menutup dada , berbaju t-shirt lengan pendek mahupun yang berlengan panjang ditambah dengan lilitan yang ketat , pakaian yang jarang .
Kami diam. Ya , kami akui ada antara kami suka muslimah begini , tampak lebih comel dan begitu suka memuji kalian .
Namun , hakikatnya kami lelaki yang dhaif (lemah) sentiasa lupa dan berbuat silap . Adakah pujian antara kami yang sering kami 'like' ataupun 'comment' itu seiring dengan 'like' dan 'comment' Allah dan Nabi Muhammad kepada kalian ?
Bayangkan ; andai Rasulullah masih ada , apakah kata-kata yang baginda tuturkan tika baginda berjalan di hadapan kalian yang berpakaian begini ?
Fudhail bin Iyadh Rahimahullah,
Seorang yang alim, soleh, Ahli ilmu & ibadah, 40 tahun tak pernah ia lambat untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun ia mengatakan;
"Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita..'
" lelaki yang baik ( lelaki yang memegang tangan kalian hingga ke syurga ) akan mencari apa yang Allah kata baik . kalian kata nak cari lelaki baik , maka kenalah jadi apa yang Allah kata baik . ( sama juga dengan lelaki ) " - Mr Paracetemol
p/s : Aku tulis post ini sebab aku sayang kepada kalian ; bakal isteri dan bakal ibu kepada anak-anak kami.. tulisan ini pasti kerna Allah . mudah-mudahan diterima baik oleh kalian dan diri penulis sendiri .
- Artikel iluvislam.com
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan" Surah An-Nur : ayat 30
Situasi kejadian itu berlaku pada hari yang panas. Encik Haba yang suka mengigit kulit manusia tidak segan-segan melantak juadah yang terpampang di depan mata. Peluh merembes bersama lysozyme yang memeluk mikroorganisma di liang roma .
Kelihatan lelaki yang mula menaiki tangga. Mungkin , hendak pulang ke kolej kediaman. Ya , itu situasi tipikal. Luar biasanya ialah segala perincian yakni setiap saat yang berlaku dalam situasi ' seorang pelajar yang ingin pulang ke kolej kediaman . '
Matanya ditampal ke lantai .
Pada saat mahu menaiki tangga , terdapat selautan perempuan bukan mahramnya di hadapan dan juga di belakang . Memandangkan perjalanan menaiki tangga itu agak panjang dari segi jarak dan masa (berjalan di belakang perempuan , memang begitu =_=") , Mata harus tumpu ke hadapan untuk mengawal jarak antara jasad. Risau juga jika terlanggar dengan bukan mahramnya, nanti dikata mengambil kesempatan pula .
Kagum aku apabila lelaki itu mahu menunjukkan raut muka yang sabar, pandangannya sentiasa mencerun ke bawah. Namun , merisaukan aku berkenaan memandang ke hadapan. Misal kata, tiba-tiba seorang perempuan itu menekan brek kaki tanpa melihat cermin sisi dan cermin belakang. Pasti lelaki itu bakal menjadi calon balingan kasut tumit tinggi perempuan .
Alhamdulillah, segalanya normal dan tiada apa-apa yang berlaku yang boleh memberi kecemasan. Sungguh aku kagum dikala melihat seorang lelaki itu berusaha bersungguh-sungguh melindungi matanya memandang yang haram .
Nabi berpesan kepada 'Ali ibn Abu Thalib, "Wahai 'Ali, janganlah engkau ikuti sebuah pandangan dengan pandangan (berikutnya). Yang boleh bagimu hanyalah pandangan pertama, sementara pandangan berikutnya tidak boleh".
Entah kenapa aku berasa sedikit geram . Alangkah sepinya hidup seorang perempuan itu tanpa rasa mereka pernah mendapat surat cinta. Bertintakan dakwat yang maha agung dan dihantar oleh junjungan besar nabi umat akhir zaman .
Antara kalian ( perempuan ) dalam keadaan nazak , aku juga tidak menolak antara kami (lelaki) juga terkulai layu. Apa yang buatkan aku sedikit geram ialah apa yang kalian fikir sehingga kalian langsung tidak berasa bimbang dengan fitrah lelaki seperti kami .
Fitrah lelaki yang aku cuba sampaikan ialah berikutan pandangan mata kami yang agak sukar dikawal melihat kalian. Berlebih lagi apabila mata kami mula diselubungi dengan kejahatan nafsu .
Reaksi kimia yang asalnya reactant menghasilkan product 'nazak'
Godaan nafsu + bisikan syaitan (c)
Pandangan mata lelaki (aq) + perempuan yang kurang kasih sayang (s)------------------> perempuan dan lelaki akan menjadi nazak (g)
(aq) - pandangan mata yang dicipta untuk fokus ke al-Quran
(s) - syahwat yang menewaskan pandangan mata ke arah yang baik
(c) - catalyst ; pemangkin , mempercepatkan reaksi
(g) - gas api neraka yang bakal dihidu
Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.".
Muslimah, engkau tah , lelaki walaupun akalnya sembilan dan nafsunya
satu, tanpa ilmu yang diredhai Allah dalam hatinya, dia pasti tumbang
dengan kalian. Catalyst ; pemangkin itu pandai bertindak balas dengan
setiap suhu dan persekitaran yang fleksibel tanpa pemangkin itu
dimusnahkan hasil daripada reaksi kimia .Oh, jika begitu maka salahkan lelaki yang tidak menundukkan pandangan daripada kami ?
Jangan salahkan dan menuduh kami lelaki kerna menjadi seorang lelaki . Ya , akui yang kami mempunyai sedikit ilmu yang diredhai Allah , tapi bantulah kami dengan menghalang pandangan kami kepada kalian . Segelintir kami yang berakal sembilan yang lemah longlai ini , ada yang tidak mampu menahan cerita hati mereka . Cerita hati yang digaul dengan nafsu syahwat .
"Sesiapa jua
wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai
dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina" [hadis dari Abu Musa al-Asy'ari]..
Bantulah kami daripada menggunakan sembilan akal kami untuk tidak
berbuat jahat kepada kalian . Rangsangan mata kami terhadap kalian
bertindak menghantar cas-cas eletrik ke saraf neuron untuk dibiak yang
bukan sedikit , bertrilion sel-sel neuron bercambah untuk kami sentiasa
berkreatif dalam melakukan dosa kepada kalian .Jangan biarkan kreativiti dalam skil kejahatan kami merosakkan kalian. Salah satu kreativiti dosa kami yang membunuh maruah kalian . Sebuah maha karya agung yang dibantu oleh pembantu makmal kejahatan serba boleh ; encik syaitan yang sentiasa direjam . Salah satu kebijaksanaan baru maha karya agung jahat kami !
Doa perlindungan ;
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعالْعَلِيمُ
Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya".
Adakah hanya cukup sekadar berdoa kepada Allah , meminta perlindungan
daripada kejahatan sambil kalian menyembur separuh botol minyak wangi ,
menyelak tudung ke belakang , memakai pakaian yang kalian fikir itu
masih tidak ketat lagi .Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya".
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Bacalah surat cinta yang tuhan kalian berikan . Bukankah kalian beriman dengan tuhan yang satu . Segala puji bagi Allah , tuhan sekalian alam , maha pemurah dan maha pengasih dan menguasai hari pembalasan .
Adakah kalian yang sudah membaca isi surat cinta itu mahu menafikan luahan cinta daripada penulis yang tidak mengantuk dan tidak tidur ?
"Wahai nabi
(Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu
dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup
seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha
Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)." Surah al-Ahzab : ayat 59.
Hiasilah mata kami dengan pemandangan yang comel , bukannya kalian
menghiasi mata kami dengan bahasa tubuh dan pakaian kalian yang
membangkitkan syaitan yang tidak malas-malas meresap dalam haemoglobin
sel darah kami .Comel yang kalian selalu sebutkan , berfesyen begitu dan begini ; bertudung yang tidak menutup dada , berbaju t-shirt lengan pendek mahupun yang berlengan panjang ditambah dengan lilitan yang ketat , pakaian yang jarang .
"Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka
Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.."
Namun , hakikatnya kami lelaki yang dhaif (lemah) sentiasa lupa dan berbuat silap . Adakah pujian antara kami yang sering kami 'like' ataupun 'comment' itu seiring dengan 'like' dan 'comment' Allah dan Nabi Muhammad kepada kalian ?
Bayangkan ; andai Rasulullah masih ada , apakah kata-kata yang baginda tuturkan tika baginda berjalan di hadapan kalian yang berpakaian begini ?
"Wahai Asma'
sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak
boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya
menunjukkan wajah dan telapak tangannya." [HR Abu Dawud].
Ya Allah, bantulah kami daripada menyekat pandangan kami daripada
memandang yang haram , yang pasti mendekatkan kami ke lembah kejahilan .
sekiranya , mereka enggan membantu kami dalam memperelokkan akhlak kami
, kepada engkaulah tuhan sekalian alam , sebaik-baik pemberi
pertolongan kepada kami . ampunkanlah kami .Fudhail bin Iyadh Rahimahullah,
Seorang yang alim, soleh, Ahli ilmu & ibadah, 40 tahun tak pernah ia lambat untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun ia mengatakan;
"Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita..'
" lelaki yang baik ( lelaki yang memegang tangan kalian hingga ke syurga ) akan mencari apa yang Allah kata baik . kalian kata nak cari lelaki baik , maka kenalah jadi apa yang Allah kata baik . ( sama juga dengan lelaki ) " - Mr Paracetemol
"Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka" Surah An-Nur : ayat 31.
p/s : Aku tulis post ini sebab aku sayang kepada kalian ; bakal isteri dan bakal ibu kepada anak-anak kami.. tulisan ini pasti kerna Allah . mudah-mudahan diterima baik oleh kalian dan diri penulis sendiri .
- Artikel iluvislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan